Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Bil. 1/2025 telah keluar dan para calon boleh memeriksa keputusan peperiksaan tersebut di laman aplikasi MyExam Jabatan Penerangan Malaysia. Pendaftaran untuk Peperiksaan Perkhidmatan Bil. 2/2025 telah dibuka sehingga 12 September 2025 (Jumaat). Kemaskini pada - 26 Ogos 2025
Adalah dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai yang baru dilantik (Lantikan Interim) melalui kaedah pelantikan secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) di bawah Jabatan Penerangan Malaysia adalah diwajibkan untuk menghadiri Kursus Program Transformasi Minda (PTM) dan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan - Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Peperiksaan Perkhidmatan Awam – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Sila rujuk jadual peperiksaan berkenaan di laman berikut: 1. Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) - http://apps.penerangan.gov.my/myexam/ ; dan 2. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) - https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/ . Urus setia Peperiksaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Penerangan Malaysia. Dikemaskini pada - 03 Disember 2024
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak Urus setia Unit Peperiksaan di talian 03-8911 3541 / 3506 / 3538